Labels

Friday, March 12, 2010

Tuil dan Perangkai (Lever & Link)


Apakah itu tuil(lever)?

Apakah itu perangkai(link)?

Tuil berfungsi menghantar dan menerima isyarat masukan dan keluaran. Perangkai pula digunakan sebagai penghubung antara tuil masukan dan tuil keluaran. Ia kebiasaannya digunakan dalam instrumen pneumatik seperti pengawal (controller), perakam (recorder), penghantar (transmitter) dan dsb.

Ia adalah ilmu asas kepada penentukuran (calibration) bagi instrumen pneumatik seperti controller, recorder, dan transmitter. Apa itu penentukuran (calibaration)? Ia digunakan untuk memastikan instrumen bekerja dalam had yang dibenarkan supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Maka terdapat 2 pelarasan akan dilaku iaitu pelarasan rentang (span adjustment) dan pelarasan sifar (zero adjustment). Untuk maklumat lanjut, disertakan nota mengenainya.


Hidraulik @ Hydraulic


Apabila melibatkan sistem menggunakan udara sebagai penghantar tenaga, ia dikenali sebagai sistem pneumatik. Manakala apabila melibatkan cecair sebagai penghantar tenaga, maka ia dikenali sebagai sistem hidraulik. Sistem hidraulik selalu digunakan setiap hari dalam kehidupan seharian tanpa kita menyedarinya. Contohnya seperti penggunaan sistem hidraulik dalam kenderaan. tanpa ia dalam kenderaan kita, pasti sekali kita akan mengalami kesukaran mengawal kenderaan kita seperti sistem sistem power stering. Ia juga digunakan di dalam sistem brek kenderaan kita.

sistem hidraulik selalu digunakan dalam industri apabila melibatkan penggunaan daya yang tinggi seperti stamping machine dan molding machine. Penggunaan ia akan jimatkan kos tetapi ia perlu diselenggara selalu. Di sini saya lampirkan nota mengenai hidraulik untuk perkongsian bersama.