Labels

Thursday, January 14, 2010

Pneumatic & Eletro-Pneumatic

When we talk about compressor air, it always use for pneumatic and electro-pneumatic. So in this slide presentation will make you more understand about it explicitly their theory and identify its applications. This slide also include how to design pneumatic and electro-pneumatic circuits.

Pneumatic-ElectroPnuematic.ppt

Wednesday, January 13, 2010

Pemampat Udara ( Compressor Air)

Nota ini disediakan untuk subjek G2010 , Amalan Bengkel Peralatan. Nota ini merangkumi hanya bab pertama subjek ini sahaja. Di hujung nota, terdapat uji diri yang menarik untuk dicuba untuk membantu pembaca memahami topik ini.

pemampat_udara height="500" width="100%" > value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=25175560&access_key=key-1wdlej5wpsjhcjjn045w&page=1&version=1&viewMode=list">

Monday, January 11, 2010

Tawaran Kemasukan Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan 2010



Tawaran Kemasukan Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan 2010 DI TNB

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK).

Bidang kemahiran ketukangan yang ditawarkan ialah bidang kemahiran elektrik. Program pendidikan selama 6 bulan ini akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS, Bangi dan lokasi-lokasi tertentu yang lain.

Syarat-syarat Kelayakan:

1. Memiliki Sijil Penjaga Jentera (AO atau A1) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau pemegang Sijil Pendawaian (PW2 / PW3 / PW4)
dan
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/SPVM) dengan lulus mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik atau Sains/Fizik
3. Pemegang Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektrik & Elektronik dari Institusi Pengajian yang diiktiraf dan memperolehi CGPA di antara 2.0 hingga 2.49 serta memenuhi syarat di para 2 di atas juga digalakkan memohon
4. Umur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2009
5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
6. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon lelaki sahaja

Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPKK 2010 di laman web http://www.tnb.com.my/tnb/announceViewPage.php?Id=186

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik (SPM/SPMV dan sijil elektrikal), salinan transkrip dan salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia Kumpulan
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

3. Sila tuliskan perkataan: PPKK 2010 \ di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Januari 2010.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertai dengan salinan-salinan sijil atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi ujian/temuduga. Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.